About Me

Kalau aku ditakdirkan lahir sebagai lelaki, aku mahu dilahirkan sebagai Hang Jebat.

Saturday, 30 March 2013

the only exception

aku tak tahu nak terangkan kenapa yang pasti sekarang ada rasa sakit dalam hati ni.
mungkin dah boleh sangat dah untuk masuk ke fasa melupakan dan move on.

masalahnya hati ni entah kenapa, sikit pon tak boleh nak melupakan.

move on jauh sekali.


terasa bodoh sgt diri ini pergi baca bnd yg menyakitkan hati berulang kali
dah tahu sakit hati pergi baca kenapa? stalk lagi lama lama kenapa? hm bodoh
ugh kenapa entah dengan kau je hati aku jadi fragile. 
dgn org lain aku heartless sgt, tapi dgn kau, apa je kau buat mmg bg effect kat aku.

hm betul lah kot, maybe because you are the only exception.







hati tgh sakit, ayat pon mcm paria dah aku ni. haishh

Thursday, 14 March 2013

kalau

kalaulah kita dapat kawal ego masing-masing, kalaulah kita berdua berfikir dgn lebih matang, kalaulah kita tak kalah dengan jarak, kalaulah kita berdua tak lakukan silap yang sama berulang kali...


dulu kita melalui satu fasa yang setiap remaja lalui. fasa di mana kita sedang cuba cari identiti diri, fasa di mana kita membesar dan melalui pelbagai pergolakan emosi. kita kecundang di fasa itu. biasalah, bdk bdk remaja sekolah, hormon tak stabil, masih tercari-cari bnd yg tak pasti. 


kau tahu, kdg-kdg aku masih fikir, 'kalaulah......."


tapi past is past kan? yang indah kita kenang bersama, yang pahit kita jadikan pengajaran.


celaka jugak aku rasa diri aku ni kdg kdg. yelah, acah-acah dah move on tapi dlm hati ni masih ada perasaan tu. perasaan yang kita pernah kongsi dari umur kita 14 tahun dulu.



Sunday, 10 March 2013

bukan sombong

bukan sombong.
bukan taknak bercakap ataupun tak suka.

sebenarnya nervous. a'ah, nervous campur segan.
nampak je acah-acah takde pape.


padahal dalam hati ni, Allah aje yg tahu.

macamlah tak pernah duduk semeja borak bersama.
tapi walau dah bertahun-tahun pun kita pernah lepak sama-sama, fuhhhh!
jantung ni laju betul mcm baru lepas lari pecut 100m
bukan main lagi laju berdegup bila awak ada kat sebelah.


i just can't help it. you still give me butterflies in my stomach
my heart beats faster when you are around me.


Friday, 8 March 2013

terima kasih

kalau dulu bila sedih, mengadu dekat dia.
kalau dulu tgh-tgh mlm dpt mimpi buruk, mengadu kat dia.
kalau dulu bila tgh marah atau sakit hati, mengadu kat dia.
kalau kena marah dgn parents, sedih rasa nak melalak, melalak kat dia.


dulu kalau tgh sakit senggugut nangis guling-guling pon cari sapa, cari dia.



sekarang hati tgh bengang, sedih meronta-ronta.
tapi aku segan nak cari dia, tak tahu kenapa.


rasa mcm diri sendiri annoying pulak sikit-sikit nak mengadu. hm


tapi,
terima kasih awak.
terima kasih sbb selama ni tolong pinjamkan bahu dan telinga.

Friday, 1 March 2013

1st page

Blog yang lama, tapi aku bagi nama baru.
Aku hide post post yg dulu.



Sebenarnya dah lebih 3 kali aku buat benda mcm ni.
Takpe, bukan ada yang baca pon.